Sunday, August 23, 2009

Hamper / Corporate Gift Raya 2009

Hari Raya Aidilfitri menjelang lagi. Hari yang dinantikan seluruh umat Islam setelah sebulan mengerjakan ibadat puasa. Masa untuk bermaaf-maafan dan lupakan yang keruh dan ambil yang jernih..Masa untuk memberi dan menerima... Dan yang paling utama Aidilfitri adalah masa kita berkumpul seisi keluarga sanak saudara rakan taulan.

Sempena hari yang mulia ini..kami ingin realisasikan harapan anda untuk berkongsi bingkisan dan luahan hati yang tulus ikhlas dengan bingkisan raya 2009 dengan harapan ia dapat merapatkan hubungan antara keluarga, rakan, jiran, majikan-pekerja dan juga rakan niaga.


CORPORATE GIFT

- Setulus Salju ~ RM180.00 ~

Satu bingkisan yang ringkas tapi menarik dengan kotak yang amat praktikal untuk digunakan semula. Empat jenis biskut raya di satu lapisan manakala kurma coklat/ aprikot dan koleksi kek Lapis Sarawak di dalam lapisan yang satu lagi. Terdapat dua pilihan warna kotak untuk dipilih; warna perang keemasan dan putih.



Pandangan luar Bingkisan
Setulus Salju - warna emas keperangan



Satu lagi pilihan- warna putih










HAMPER RAYA 2009

~Sinar Lebaran ~ RM150.00










Bingkisan Hamper Raya yang digubah dalam kotak yang menarik berserta beg yang sedondon. Amat sesuai untuk dibawa ketika bertandang ke rumah jiran, rakan dan keluarga. Tiga jenis biskut raya, Kek Lapis Sarawak yang menarik dan kurma coklat akan memberi sinar dan ceria di hari lebaran ini.



~ Ceria Syawal ~ RM100.00





Bingkisan yang digubah dalam kotak comel yang menarik dan diserikan dengan Kek Lapis Sarawak, dua jenis Biskut Raya dan Kurma coklat.



Pilihan Biskut Raya Zaeda Homemade




Chocolate Sweeties
Biskut dasar daripada badam dilitupi coklat di atasnya.


Cornflakes Cookies

Biskut rangup dengan cornflakes dan perasa oren


Chocolate Treasure

Biskut coklat di bawahnya, campuran cornflakes dan badam hiris dan disaluti coklat putih dan drizzle coklat di atasnya


Chocolate Chips Sporties

Biskut yang rangup..campuran cornflake, bijirin nestum dan choc chip serta badam kasar


Ginger Snap
Biskut halia yang rangup dan enak bagi penggemar halia khususnya...


Fruitty Nutty Slices
Kepingan diperbuat daripada campuran emping, bijirin, badam, buahan kering, kelapa diadun dengan mentega dan madu..




Kurma Coklat
Kurma Mariami disaluti coklat dan drizzle coklat perasa oren. Kelainan dalam menikmati kurma di bulan ramadan ini.