Bingkisan Ramadan dari Zaedaman
Ramadan bakal menjelang...Sebagai warga kota yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluarga..bingkisan Ramadan ini pasti boleh meringankan bahkan menyelesaikan masalah tersebut. Zaedaman Homemade menyajikan sesuatu yang sinonim dengan bulan yang mulia itu dalam satu pakej yang menarik namun praktikal. Di sini kami menyediakan pakej yang berpatutan harganya bermula dari pakej 'mesra pelajar' yang lebih mengutamakan 'produk' daripada 'wajah' keseluruhan hinggalah kepada pakej yang lebih eksklusif dan juga 'corporate gift' dalam bentuk individu mahupun hamper/ bingkisan yang menarik.
BINGKISAN #1 * BAJET CORNER * RM 55 & RM65
~Pakej yang sesuai untuk keluarga kecil, pelajar dan mereka yang suka yang sederhana. Boleh dijadikan 'stok' untuk bersahur kerana ramai yang tiada selera ketika bersahur dan juadah ini mungkin akan membangkitkan selera supaya dapat memberikan tenaga di siang hari berpuasa. Beg kain yang menarik pula boleh digunakan semula sebagai beg untuk telekung dan sebagainya. Amat praktikal...
BINGKISAN #2 * OLE-OLE MAMA * - RM75.00
~ Boleh dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah kawan atau keluarga untuk berbuka puasa bersama juga menambah 'selera' ketika bersahur.
BINGKISAN #3 - * SETULUS HATI DI RAMADAN* -RM85-RM95
~Bingkisan eksklusif yang boleh dijadikan buah tangan syarikat atau perseorangan digandingkan dalam hamper simple namun menarik.Terdapat dalam pilihan warna merah dan hijau

